Pada hari kedua kursus, Pengendali kursus ketika itu mengarahkan kami untuk membina kumpulan bagi melakukan aktiviti seterusnya iaitu membuat jualan produk di sekitar kawasan Pasir Gudang.
Nak dijadikan cerita pada ketika itu saya cuba mencari peluang untuk dapat disatukan dalam kumpulan yang sama dengan harapan saya dapat berborak dan dekat denganya hmmm dan sekali lagi saya tidak mendapat peluang itu tapi dengan tenangnya saya senyum dan cuba berfikiran positif bahawa hari esok masih ada.
Malam hari kedua kursus seperti biasa selepas solat maghrib para pelajar diminta turun ke dewan makan hotel selesa pasir gudang. sebaik sahaja saya keluar bilik mata saya berkeliaran disekitar koridor hotel dengan harapan dia pun sedang keluar bilik untuk turun makan malam dan dengan rasa bersyukurnya harapan saya ketika itu menjadi realiti. heee. saya dengan pantasnya tidak melepaskan peluang yang ada pada ketika itu. Saya terus menghampiri si dia. Salam diucap disambut oleh dia dengan suara yang merdu sekali. Terasa seperti di awan-awan pulak. Saya mula menbuka bicara. Dia menjawab sambil kami berjalan turun ke dewan makan.
Sampai di dewan makan, saya mengajak si dia untuk duduk semeja tetapi si dia menolak. Walaupun kecewa tetapi saya akur akan keputusan dia. Semasa makan, mata saya tidak lepas dari memandang wajah si dia. Pada malam itu pelbagai aktiviti diadakan, saya masih lagi mencari peluang untuk mendapatkan nombor si dia. Malam hari kedua berakhir begitu sahaja. Saya masih belum mendapat nombornya.
Keesokkan hari, kami bersiap untuk pulang. Semasa menunggu di lobi, Saya melihat si dia keseorang. Tanpa melenggahkan masa saya terus pergi memulakan bicara. Sempat juga saya meminta nombor si dia. Hati saya berbunga-bunga, kepulangan saya ke politeknik dengan perasaan yang amat gembira sekali.
Pada malamnya, saya memulakan misi, mesej pertama dihantar dengan ucapan 'salam', disambut oleh si dia. Mesej punya mesej, saya bertanyakan mengenai status si dia. Rupa-rupanya kusangkakan panas sampai ke petang tapi hujan di tengah hari. Si dia sudah mempunyai ikatan cinta dengan orang lain. So melepaslah peluang. Pergilah diri dengan membawa hati yang sedikit kecewa. Itu je lah saya nak kongsi dengan pembaca semua. Apa yang dapat saya simpulkan disini tidak semua yang kita inginkan akan dapat kita miliki.