Saturday, 28 November 2015

Lepaking kat Alor Star

Hari Khamis lepas saya dan Hanis telah menghantar Kimi dekat stesen bus Changlun. Kimi nak balik ke Kelantan sebab nak ambil kereta dia bawak datang Sintok. Bukan apa, kereta Kimi sebelum selalu bawak masalah. Aircond rosak lah, indicator minyak tak menyala. Macam-macam. Menyakitkan hati ja.

Lepas je hantar dia, rasa macam pisang je. Nak balik bilik, tak tahu nak buat apa. Jadi kitorang rasa baik pergi tengok wayang. Kitorang decide untuk ke Jitra Mall, ingat nak tengok wayang kat situ. Tapi sampai je kat Jitra Mall dalam jam 9.30 malam tu, tengok-tengok panggung wayang tu tutup.

Haram. Tak tahu nak buat apa. Tapi kitorang tetap tak nak balik. pikir punya pikir kitorang decide pergi ke Alor star. Nak tengok wayang dekat Aman Sentral pun tutup jugak. Then rasa nak pergi karoake. Cari-cari kat area Alor Star x jumpa pun. Then baru terfikir yang kawan pernah cakap aktiviti hiburan dekat area Kedah ni tak buka hari Khamis malam Jumaat.

So jalan-jalan jelah kat area Alor Star ni. Hasil overnight kami kat Alor Star saya kongsikan gambar saya bersama rommate untuk diabadikan dalam blog ni.hehehe.



No comments:

Post a Comment