Hari ni nak share sikit pengalaman meeting tentang bisnes planning. Saya dan tiga orang rakan yang boleh dikatakan rakan kongsi merancang untuk membuka satu perniagaan franchise. Idea untuk membuka perniagaan ini sudah ada dalam perancangan kami berempat sejak beberapa bulan lepas lagi.Tetapi disebabkan pelbagai halangan dan rintangan yang sering menganggu kami, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan dari sehari ke sehari.
Disebabkan pelbagai kekangan yang dihadapi oleh kami, dari sehari ke sehari meeting kami terpaksa ditangguhkan sehingga la hari ini baru dapat berkumpul bersama dan berbincang sekali dengan seorang pensyarah usahawan bagi menilai bisnes planning kami.
Pada jangkaan kami semuanya akan berjalan seperti yang dirancangkan. Tetapi alangkah melesetnya jangkaan kami kerana terdapat pelbagai kelemahan dan kekurangan yang agak ketara dalam bisnes planning kami ini. Terdapat beberapa aspek yang kami tidak tekankan yang akhirnya menyebabkan bisnes planning kami ini dianggap lemah dan perlu diperbaiki.
Secara jujurnya hasrat untuk meneruskan rancangan kami ini tidak lagi dianggap satu idea yang terbaik kerana research yang mendalam perlu dilakukan supaya bisnes yang bakal kami jalankan ini dapat bertahan di dalam pasaran dalam satu tempoh yang lama bukannya bermusim. Apa yang saya dapat kongsikan daripada pengalaman hari ini, untuk membuka atau menjalankan sesuatu perniagaan bukanlah sesuatu benda yang mudah dan remeh kami sangkakan. Kajian yang mendalam perlu dilakukan bagi menilai kekuatan dan kelemahan perniagaan yang bakal dijalankan.
Perkara yang berlaku pada kami pada hari ini telah membuka mata kami untuk lebih bekerja keras dan bersungguh dalam melakukan sesuatu tindakan. Membuat penilaian yang terbaik perlu dilakukan bagi mengelakkan risiko dan kerugian di kemudian hari. In shaa Allah idea untuk menjalankan perniagaan kami ini akan diteruskan setelah segala persiapan dan persediaan dari kami sendiri sempurna.
No comments:
Post a Comment