Sunday, 13 December 2015

Intrepreneur Corporate Club Grand Dinner 2015

Hari Khamis lepas, 10/12 abang ade join dinner. Dinner tu buat dekat Dewan DPP Tradewind. So abang just nak share beberapa pictures masa dinner tu. Hehe.


Ni gambar selfie pertama kat majlis dinner malam tu. Abang tak kesah dekat orang lain dah waktu tu.Hehe.



Ni table abang. Waktu ni lapar tahap starving dah. Tunggu MC announce je nak makan. 


Ni gambar wefie ramai. Dekat table abang ni bukan semua abang kenal.hehe


Pergi apa-apa majlis jangan lupa snap picture kat backdrops. 


Dean 's Award

Entry kali ni abang tak rasa nak tulis panjang-panjang. Just nak share pic sijil anugerah dekan untuk manaikkan semangat kawan - kawan semua untuk score final exam kali ini. Final exam pun next week dah mula. 

Alhamdulillah dengan ilmu yang dicurahkan oleh pensyarah,rakan-rakan yang banyak membantu dan juga berkat doa mama dengan abah abang berjaya la tersenarai dalam anugerah dekan ni. In shaa Allah sem ni abang akan buat yang terbaik supaya dapat meningkatkan dan mengekalkan pencapaian abang dekat UUM ni.


Pot Lepak



Assalamualaikum dan hello uolss.

Ok entry hari ni abang nak promote sikit gerai makanan western. Gerai nampak biasa jaa macam gerai-gerai biasa kat kampung. Tapi fuhhh.. menu dia mmg terbaik laa macam standard cafe. Dia punya persembahan makanan tu memang tip top laa.



Uolss patut try. Memang terbaik.. Grill/kukus/celup semua ada kat sini. Abang tahu pasal gerai ni pun melalui facebook sebab dah jadi viral sekarang di facebook. Kebetulan gerai ni dekat jaa dengan tempat study mia, so apa lagi mia sama bff bff abang pun pergi laa mencuba. Haa sebelum makan kami welfie dulu seperti biasa hehe



Cuma satu perkara jaa abang nak pesan bagi sesiapa yang nak makan kat sini lebih baik uolss order dulu kat fb pot lepak awal-awal. Sebab abang dengan bff bff abang yang datang 5.30 time gerai ni mula buka pun makanan kami sampai jam 7.30 gara-gara orang ramai sangat. 2 jam kami menunggu nasib laa kami ni penyabar hehe

So ini laa hasil penat lelah kami menunggu selama 2 jam. Selamat menjamu, jemput makan...hehe



Meatball pun ada. So tak payah pergi Ikea. Haha




Yang ni cheezy double patty. Sos dia colour pink gitu. My favorite colour. So memang jadi pilihan abang laa heee




Ini pula maggie bite single patty




Ini black paper double patty



Ini classic single patty + mushroom soap



So ini laa overall makanan kami haha

Dan ini senarai menu dan harga makanan kat sini sebagai panduan untuk uolss yang nak jalan-jalan cari makan di sini. Murah juga laa pada abang.















Alamat :
Kampung Titi Kerbau, Mukim Sungai Laka
06010 Changlun, Kedah

Masa Operasi :
4.00ptg - 11.00mlm (Sabtu Cuti)


No Tel :
011-14382308

Facebook :
https://www.facebook.com/Potlepak-1039099976121809/timeline


Wednesday, 9 December 2015

Program Sembang Santai Bersama Faizdickievp

Semalam 8/12 macam biasa hari Selasa tak ada kelas. Pagi tu mcm biasa bangun pun dah pukul 10. Lepak-lepak jap check whatsapp,facebook,wechat segala laman sosial lah, then mandi, siap-siap nak pergi makan, bukan breakfast tapi brunch (breakfast + lunch).

Petang tu pukul 130 ada program 'Sembang Santai'. Tiket pun dah book lama dah. Memang excited la nak pergi program tu sebab Faizdickie yang bagi talk untuk program ni. Sebelum pergi tu cakap dalam hati teringin sangat nak tengok si Faiz ni datang dalam watak-watak 'kakleha bunting', 'Sarabanon', 'Nabila', 'Mother' and banyak lagi la watak-watak si Faiz ni dekat dalam IG dia.hehe.

So lepas Zohor pergi la program ni kat SOIS. Tak biasa sangat kat banggunan SOIS ni sebab memang tak ambil kelas kat situ. SOIS ni banggunan kat luar UUM jadi sebab tu lah tak akan ambik kelas yang kat situ. Tapi nasib baik senang je nak cari dewan tu. Sampai je terus spot nampak orang ramai-ramai tu kat situ la agaknya kan. Nasib baik betul. Takut pergi program lain je pulak nanti.

Bila dah masuk dewan tu tak ada lah lama sangat tunggu dalam 15 minit macam tu Faizdickie pun sampai. Teruja sangat rasa. Ye la selama ni tengok kat dalam IG je kan. Ni dapat tengok depan-depan.Hehe.





Lama juga la Faiz bagi talk. Lebih kurang dua jam macam tu. Banyak jugak pengalaman yang Faiz kongsikan  kepada kami. Pengalaman belajar, kerja, travel kt oversea dan pengalaman Faiz belajar dekat oversea. Dalam hati terdetik bestnya jadi dia. Tapi itu apa yang kita nampak. Cerita pahit dia kita tak tau kan. Faiz ni mak dia dah meninggal waktu dia belajar kat UiTM Melaka. Mungkin ni jadi sebahagian kisah sedih dia kan.



Apa yang saya nak kongsi dekat sini secara overall la apa saya dapat pergi program semalam, ini secara pendapat saya la, bila jadi seorang yang dikenali, semua orang nak kawan dengan kita. Sebahagian mungkin ikhlas nak kawan dengan kita dan sebahagian mungkin sebaliknya. Faiz sendiri pun tak sangka yang dia akan berada di tempat dia berada sekarang. Begitu juga dengan kita, kita tak tahu siapa kita in future. So enjoy every single moment yang kita ada ni dan jangan stress-stress.Hehe.


Monday, 7 December 2015

Teruja!

Petang tadi Tun whatsapp, tanya free tak malam ni. Pastu reply mcm x layan konon-konon merajuk sebab dah banyak hari ajak Tun datang bilik tapi tak datang-datang. Bukan apa nak pulangkan duit K.L.K yang UUM dah bank in je pun. Tapi disebabkan dua-dua bz lately tu la yang tak sempat-sempat nak jumpa. So tadi Tun whatsapp nak ajak pergi makan malam ni then tak jadi la nak merajuk. Tarik balik merajuk tu. Hehehehe.

So, janji dengan Tun nak keluar pukul 8.30 macam tu pergi makan dekat satu kedai western kat Perlis. Naik kerete Tun.

Ingat kan just saya ngan Tun je, rupanya Tun ade ajak Andik and the gang. Makin berbunga la hati ni. Bukan apa dia orang ni actually satu course tapi sebabkan saya ni jenis yang pergi kelas balik kelas je memang x sempat la nak kenal-kenal dengan budak course.

So, hari ni Alhamdulillah dapat kenal dengan budak-budak course, tambah kenalan dan merapatkan ukhwah kami.Hehehehe. Thank you Tun sebab invite saya pergi makan hari ni.



Saturday, 5 December 2015

Tips-tips Belajar dengan Berkesan-Dr Fadhilah Kamsah


1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
- Kita ingat 10% apa yang dibaca        
- Kita ingat 20% apa yang didengar
- Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
- Kita ingat 70% apa yang dicakapkan  
- Kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa. 

4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).  Ulangkaji sekerap  mungkin.



5. Manfaatkan kemahiran mengingat:
- Tampal nota-nota penting di dinding - Gunakan kaedah akronim
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham.

7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.



8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti.

9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas. 

10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.



11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.

12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.

14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar.



Untuk tips belajar yang lebih menyeluruh, anda boleh klik disini

Wednesday, 2 December 2015

Stovetop Pizza! No Need To Bake in Oven!

Today I want to share how to make a stove top pizza in a simple, fast and does not require an oven.



Ingredients:
For Dough
  • 1 cup all-purpose flour (plain flour or maida)
  • 1/2 teaspoon baking powder
  • ½ teaspoon baking soda
  • ½ teaspoon salt
  • ½ teaspoon sugar
  • 1 tablespoon oil
  • 2 tablespoons thick yogurt (curd or dahi) room temperature
  • 1/3 cup lukewarm water use as needed
  • About 2 tablespoon all-purpose flour needed to roll the dough

Sauce
  • 1-1/2 cups tomatoes seeded and chopped in small pieces
  • 1/4 teaspoon salt
  • 1/2 teaspoon sugar
  • 1/2 teaspoon Italian seasoning optional
  • 1/2 teaspoon crushed red pepper
  • 1 tablespoon olive oil

Topping
  • 1/2 cup bell pepper cut into small pieces,
  • 1/4 cup mushrooms sliced
  • About 3/4 cup mozzarella cheese shredded


Method
  1. In a bowl mix all the dry ingredients, flour, baking powder, baking soda, salt, and sugar.
  2. Add oil and yogurt to the flour and mix it well, add water as needed to make soft dough will be little sticky. Sprinkle little dry flour over the dough and knead to make smooth dough.
  3. Cover the dough and let it sit for about 3 hours or more.
  4. In a saucepan heat the oil on medium high heat. Add all the sauce ingredients, tomatoes, salt, sugar, pepper, and Italian herbs. Cook for about 3 minutes till most of the water from tomato has evaporated and looks like a chunky sauce.
  5. Use the same pan and sauté the bell peppers, and mushrooms for 2 minutes until most of the moisture has evaporated but still they are crisp. Set aside.
  6. Knead the dough for few seconds and divide into two equal parts and roll them in about 10” circle, if dough start sticking to the rolling pin or rolling surface dust little more dry flour.
  7. Heat the heavy pan skillet over low medium heat, lightly oil the skillet and put the rolled pizza over. Let it cook for about 2 minutes until crust has nicely browned from bottom. Lower the heat to low.
  8. Flip the crust, brush it lightly with oil do it quick spread about half the sauce, cheese and topping. Cover the pan for about 3 minutes and check, cheese should be melted. Lift the pizza little from the side crust should be the nicely brow.


Tuesday, 1 December 2015

Business Planning

Hari ni nak share sikit pengalaman meeting tentang bisnes planning. Saya dan tiga orang rakan yang boleh dikatakan rakan kongsi merancang untuk membuka satu perniagaan franchise. Idea untuk membuka perniagaan ini sudah ada dalam perancangan kami berempat sejak beberapa bulan lepas lagi.Tetapi disebabkan pelbagai halangan dan rintangan yang sering menganggu kami, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan dari sehari ke sehari.

Disebabkan pelbagai kekangan yang dihadapi oleh kami, dari sehari ke sehari meeting kami terpaksa ditangguhkan sehingga la hari ini baru dapat berkumpul bersama dan berbincang sekali dengan seorang pensyarah usahawan bagi menilai bisnes planning kami.


Pada jangkaan kami semuanya akan berjalan seperti yang dirancangkan. Tetapi alangkah melesetnya jangkaan kami kerana terdapat pelbagai kelemahan dan kekurangan yang agak ketara dalam bisnes planning kami ini. Terdapat beberapa aspek yang kami tidak tekankan yang akhirnya menyebabkan bisnes planning kami ini dianggap lemah dan perlu diperbaiki.

Secara jujurnya hasrat untuk meneruskan rancangan kami ini tidak lagi dianggap satu idea yang terbaik kerana research yang mendalam perlu dilakukan supaya bisnes yang bakal kami jalankan ini dapat bertahan di dalam pasaran dalam satu tempoh yang lama bukannya bermusim. Apa yang saya dapat kongsikan daripada pengalaman hari ini, untuk membuka atau menjalankan sesuatu perniagaan bukanlah sesuatu benda yang mudah dan remeh kami sangkakan. Kajian yang mendalam perlu dilakukan bagi menilai kekuatan dan kelemahan perniagaan yang bakal dijalankan.


Perkara yang berlaku pada kami pada hari ini telah membuka mata kami untuk lebih bekerja keras dan bersungguh dalam melakukan sesuatu tindakan. Membuat penilaian yang terbaik perlu dilakukan bagi mengelakkan risiko dan kerugian di kemudian hari. In shaa Allah idea untuk menjalankan perniagaan kami ini akan diteruskan setelah segala persiapan dan persediaan dari kami sendiri sempurna.


Sunday, 29 November 2015

Kisah Kupu-kupu

Cerita ini mengenai diri saya ketika diploma di politeknik. Bermula semasa saya semester dua, ketika itu jabatan perdagangan menganjurkan kursus asas keusahawanan di Pasir Gudang, Johor. pada mulanya saya tidak mengenalinya sepertimana saya mengenalinya sekarang. Namun gelagat dan tingkah lakunya menarik perhatian saya untuk memandangnya. Pada hari pertama kursus saya cuba mencari peluang untuk bercakap denganya walau dengan apa cara sekalipun tapi mungkin bukan rezeki saya untuk bercakap denganya secara langsung dek kerana dia sentiasa bersama kawan baiknya dalam melakukan apa apa aktiviti semasa kursus.

Pada hari kedua kursus, Pengendali kursus ketika itu mengarahkan kami untuk membina kumpulan bagi melakukan aktiviti seterusnya iaitu membuat jualan produk di sekitar kawasan Pasir Gudang.
Nak dijadikan cerita pada ketika itu saya cuba mencari peluang untuk dapat disatukan dalam kumpulan yang sama dengan harapan saya dapat berborak dan dekat denganya hmmm dan sekali lagi saya tidak mendapat peluang itu tapi dengan tenangnya saya senyum dan cuba berfikiran positif bahawa hari esok masih ada.

Malam hari kedua kursus seperti biasa selepas solat maghrib para pelajar diminta turun ke dewan makan hotel selesa pasir gudang. sebaik sahaja saya keluar bilik mata saya berkeliaran disekitar koridor hotel dengan harapan dia pun sedang keluar bilik untuk turun makan malam dan dengan rasa bersyukurnya harapan saya ketika itu menjadi realiti. heee. saya dengan pantasnya tidak melepaskan peluang yang ada pada ketika itu. Saya terus menghampiri si dia. Salam diucap disambut oleh dia dengan suara yang merdu sekali. Terasa seperti di awan-awan pulak. Saya mula menbuka bicara. Dia menjawab sambil kami berjalan turun ke dewan makan. 

Sampai di dewan makan, saya mengajak si dia untuk duduk semeja tetapi si dia menolak. Walaupun kecewa tetapi saya akur akan keputusan dia. Semasa makan, mata saya tidak lepas dari memandang wajah si dia. Pada malam itu pelbagai aktiviti diadakan, saya masih lagi mencari peluang untuk mendapatkan nombor si dia. Malam  hari kedua berakhir begitu sahaja. Saya masih belum mendapat nombornya.

Keesokkan  hari, kami bersiap untuk pulang. Semasa menunggu di lobi, Saya melihat si dia keseorang. Tanpa melenggahkan masa saya terus pergi memulakan bicara. Sempat juga saya meminta nombor si dia. Hati saya berbunga-bunga, kepulangan saya ke politeknik dengan perasaan yang amat gembira sekali.

Pada malamnya, saya memulakan misi, mesej pertama dihantar dengan ucapan 'salam', disambut oleh si dia. Mesej punya mesej, saya bertanyakan mengenai status si dia. Rupa-rupanya kusangkakan panas sampai ke petang tapi hujan di tengah hari. Si dia sudah mempunyai ikatan cinta dengan orang lain. So melepaslah peluang. Pergilah diri dengan membawa hati yang sedikit kecewa. Itu je lah saya nak kongsi dengan pembaca semua. Apa yang dapat saya simpulkan disini tidak semua yang kita inginkan akan dapat kita miliki.

Saturday, 28 November 2015

Lepaking kat Alor Star

Hari Khamis lepas saya dan Hanis telah menghantar Kimi dekat stesen bus Changlun. Kimi nak balik ke Kelantan sebab nak ambil kereta dia bawak datang Sintok. Bukan apa, kereta Kimi sebelum selalu bawak masalah. Aircond rosak lah, indicator minyak tak menyala. Macam-macam. Menyakitkan hati ja.

Lepas je hantar dia, rasa macam pisang je. Nak balik bilik, tak tahu nak buat apa. Jadi kitorang rasa baik pergi tengok wayang. Kitorang decide untuk ke Jitra Mall, ingat nak tengok wayang kat situ. Tapi sampai je kat Jitra Mall dalam jam 9.30 malam tu, tengok-tengok panggung wayang tu tutup.

Haram. Tak tahu nak buat apa. Tapi kitorang tetap tak nak balik. pikir punya pikir kitorang decide pergi ke Alor star. Nak tengok wayang dekat Aman Sentral pun tutup jugak. Then rasa nak pergi karoake. Cari-cari kat area Alor Star x jumpa pun. Then baru terfikir yang kawan pernah cakap aktiviti hiburan dekat area Kedah ni tak buka hari Khamis malam Jumaat.

So jalan-jalan jelah kat area Alor Star ni. Hasil overnight kami kat Alor Star saya kongsikan gambar saya bersama rommate untuk diabadikan dalam blog ni.hehehe.